Ahad, 19 Februari 2012

Do'a Asma ul Husna - Ustadz Fikri Thoriq


Latihan Asmaul Husna

Sila jawab solan berikut berpandukan pengetahuan anda?

1. Apakah maksud Al-Rashid?
(A)Maha Suci
(B)Maha Pemberi Kurnia
(C)Maha Mendengar
(D)Maha Pandai

2. Maksud bagi kegunaan nama 'Abdul'?
(A)Pemerintah
(B)Hamba
(C)Manusia
(D)Si

Perbincangan kelebihan Asmaul Husna

Seringkali kita disuruh mengamalkan kelebihan asmaul husna, namun, apakah kelebihan utama yang dapat dibincangkan oleh pelawat sekalian. Sila beri pendapat dan koemn anda di bahagaian komen dibawah.
Terima kasih

Khamis, 12 Januari 2012

Alunan Asmaul Husna dari Dr. Ary Ginanjar Agustian

Soalan Objektif

1. Maksud al-Wahhab?

(A) Maha Pemberi Kurnia
(B) Yang Memaksa
(C) Maha Pencipta
(D) Maha Pencinta


2. Apakah kelebihan mengamalkan zikir "Ya 'Afuww!" ?

(A) semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap
(B) Akan diampuni segala dosanya oleh Allah
(C) InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.
(D) Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil

Kelebihan Asmaul-Husna

1."Ya Allah" - apabila dizikirkan sebanyak 500x setiap malam, terutamanya selepas solat Tahajjud @ solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

2."Ya Rahman" ( Maha Pemurah ) - apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x,maka hati kita akan menjadi terang,tenang & sifat-sifat pelupa serta gugup akan hilang dengan izin Allah.

3."Ya Rahim" ( Maha Penyayang ) - apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap hari,Insya Allah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

4."Ya Malik" ( Maha Merajai / Pemerintah ) - apabila dizikirkan sebanyak 121x setiap pagi @ setelah tergelincirnya matahari,segala pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredai Allah.

5."Ya Quddus" ( Maha Suci ) - apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi @ setelah tergelincirnya matahari,maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit-penyakit hati seperti sombong,iri hati,dengki dll.

6."Ya Salam" ( Maha Penyelamat ) - apabila dizikirkan sebanyak 136x,InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar,sihat & sejahtera.

7."Ya Mukmin" ( Maha Pengaman ) - apabila dizikirkan sebanyak 236x,insyaAllah diri kita,keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

8."Ya Muhamin" ( Maha Pelindung / Penjaga ) - apabila dizikirkan sebanyak 145x sesudah solat fardu Isyak,InsyaAllah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

9."Ya Aziz" ( Maha Mulia / Perkasa ) - apabila dizikirkan sebanyak 40x sesudah solat subuh,InsyaAllah kita akan menjadi orang yang mulia,disegani orang kerana penuh kewibawaan.